haa.. wa nak sambong citer pagi smalam..rupa-rupanya makcik kantin skolah aleng laa yg kena langgar lori.. isk isk isk..bayangkan, badan makcik kantin tu besar mana sgt kena zasss lak ngan lori yg drebarnya tak bertanggungjawab.
".......Dalam kejadian berasingan kira-kira jam 7.25 pagi semalam, seorang pekerja kantin Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sungai Buloh maut dirempuh lori satu tan tanpa muatan ketika melintas jalan di hadapan sekolah itu.
Mangsa, seorang wanita warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Mistijah, 32, mati di tempat kejadian kerana parah termasuk kepalanya hampir pecah.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk dibedah siasat. Difahamkan, mayat mangsa sudah dituntut suaminya.... dipetik dari harian metro online..
pagi ni takda apa-apa kemalangan maut masa wa on the way gi keja.. alhamdulillahhh...! wa tros ler gi tpt keja n wat keja yang tak berapa mencabar tapi byk lak harini!
bosan sbb wa punya hidung masih tersumbat dan tisu dah berkotak-kotak , ubat dah berpapan-papan. adakah ini masa wa utk bercoti panjang sorong papan tarik papan?

